Thursday, September 6, 2012

Eid Mubarak 2012

Assalamu alaikum semua,

Lama tak ber-update.. aku hampir2 lupa yang aku dah ada blog sendiri.. huhu
Entah apa yang ada di pikiran.. Hampir telupa, masih dalam mood raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Raya tahun nie cukup simple dan bersederhana.
Cukup dengan apa yang ada.

Pada 25 Ramadan yang lalu, kami telah kehilangan seseorang yang amat disayangi dan beliau adalah orang paling disenangi di kalangan ahli keluarga malah teman2 rapat turut bersedih dengan pemergian beliau.
Sehingga ke hari ini, aku masih dapat bayangkan keadaan beliau semasa hayatnya dulu.
Orangnya tidaklah semuda dan setua mana.. cukup la dikatakan yang perawakan beliau yang terlalu baik hati. Rindu rasanya untuk bersama dengan beliau lagi, tapi mana mungkin. Beliau telah pergi menghadap Ilahi ketika dalam perjalanan pulang daripada Hospital di Kota Kinabalu. Hembusan terakhir nya hanya dapat disaksikan oleh suami beliau sendiri. Ketika itu, kami seluruh keluarga sedang berkumpul di rumah nya bersama satu2 nya anak perempuan nya, Puteri Iznyrah. Keadaan sungguh menyayat hati ketika arwah tiba.
Suasana gembira dengan ketibaan di pagi yang hening telah bertukar dengan suara2 sayu menangisi keadaan beliau yang telah arwah. Innalillahh...
Kalau diingat kembali, disorot kemlai ingatan waktu2 terakhir bersama arwah..
Tidak kusangka itu yang terakhir kali kita bertemu,
hanya pandangan mata yang sayu, dan paling ku ingat bila arwah berkata berasa terlalu penat..
Tiada pandangan empat mata, tiada tawa ceria...
hanya susuk tubuh nya berjalan perlahan.. kami tetap melambai2 tangan walau tidak berbalas..
Rupanya...... Allah lebih menyayangi mu....

Sebab itulah, kegembiraan kami tidaklah seceria mana..

dan tema pilihan ini adalah suatu kebetulan.

Keluarga Tersayang : Tema Black - Grey...





Pic taken outdoor. Rumah Tn Hj Bacho.


Studio Pic 1


Studio pic 2
Baju coklat ni pulak tema keluarga sebelah.. nice color kan?? hehe
Tema nie dah awal di plan.. sempena tema akikah dan cukur jambul anak2 jugak.
Pic sepanjang majlis akan saya sajikan kemudian ok.. :)

No comments:

Post a Comment