Friday, May 11, 2012


Izzaty dan Umi -- Ashraff dan babah :)




Assalamu alaikum..

Lama tak update blog nie, disebabkan kesibukan yang tak langsung memberi peluang. Huhu!
Okey, dah sebulan mengamalkan porduk Catalyst, dan lebih dari tiga bulan menggunakan produk Redlife. Hari-hari ku begitu bermakna sekali. :) Aku hepi sangat. Terima kasih Ya Allah dengan semua kurniaan MU. Amin~



13 Mei 2012
Selamat menyambut hari Ibu buat semua ibu-ibu.
Especially buat ibu yang tersayang, Hjh Siti Habibah Manuka kerana telah mengandungkan aku selama 9 bulan, melahirkan aku ke dunia, membesarkan aku dengan didikan dan kasih sayang.
Juga  kepada Ibu Mertua ku Hjh Sumiati Hj. Kasolan.
Tak lupa kepada kakak-kakak ipar ku yang bergelar ibu, Norhaini Andi Bambang dan Norhayati Andi Bambang, dan bakal Ibu kak Aisah Andi Bambang.
Semoga Allah swt sentiasa bersama-sama kita semua. Amin~






Monday, April 16, 2012

E.N.T.R.Y.0.2


Assalamualaikum wbt,

Semalam mummy dah tukarkan susu Ashraff dengan yang baru. kali ni try SUSTAGEN plak. lagipun dulu2 Izzaty minum susu nie jugak, baek punya! Izzaty naik selera makan nya masa tuh umur Izzaty dalam 1 tahun lebih dah. So sekarang mau kasi try Ashraff pulak. Ashraff nie jenis kuat selera jugak mummy tenguk.
cuma tak tau la kalau dia cerewet memilih susu pulak.. harap-harap takk la kann...
emm, beli 2 kotak dapat la freegift.. so, gift nie bagi Izzaty. before bagi dia, mummy cek la dulu apa la benda2 di dalam tu kan.. emm best nya.. playdoh.. mesti syok main nieh.. Izzaty kan suka main masak-masak!


jom intai gelagat Izzaty...




 Ini la freegift tuh.
Ingatkan apa la benda2 di dalam.
sebab dia tulis "juicy fiber"..
ni siap Izzaty susun-- pandai kan?..
Tau kenapa Izzaty main dekat tangga nie?
Sebab adiknya asyik mengikut jak apa yang dibuatnya.
Oleh kerana, tangga nie dah siap berpagar..so mummy suruh la Izzaty main d sini. dan Ashap pun melangokk la memerhatikan kakak nya bermain-main di tangga yang disukai nya! hikhikhik
Tak percaya, tenguk la pic2 di bawah ini...





Ini pulak c adik tengah berusaha mau main sekaki..hikhik
Kakak! Kakak!
Ashap mau ikut main jugak..
dalam hati Ashap tengah mencari cara nak panjat pagar nieh..







Si Kakak menunjukkan mainan dia lagi!
Siap bagi arahan..
Adik Ashap main di situ jak yaa,
Kakak main di sini dulu.
Nanti kakak masak kan untuk adik!..








Izzaty pun start la memasak kununnyaa..
sejemput-sejemput di potong2..

mau buat donut nie..









si adik masi berusaha nie.. dengan gigih nya..

"Eyaarrghh.. bukak kunci nya!"..
















Tak habis-habis potong lagi ka tu kakak?..

hehehehe

Thursday, April 12, 2012

E.N.T.R.Y.0.1.

Assalamualaikum

Entry pertama ku berkisar kan cerita pasal anak-anak saja. :)
Perihal Izzaty yang extremely rajin bila tiba saat momentum nya tiba hehe..
gambar kat bawah nie la.. aku tengah syok layan dorang berdua.
masa nie baru lepas masak dan dah kenyang pun..
aku suda penat membebel dan Izzaty yang merajinkan dirinya volunteerly membantu memcuci piring.
adalah dalam 4-5 items yang tinggal dan yang agak2 ringan bagi dia.
aku?.. aku tengah duduk2 layan henpon
dan ini la hasil nyaa!!..
naa.. hayati laa.. kikikiki...
Happy betul Izzaty sebab mummy bagi dia cuci piring tuh :)


 




Bujang senang ku yang bersenang-lenang..
Masa nie tengah Layan channel disney junior
Tenguk tuh naa.. semangat tul kan??..